e I N T E G R I T I
Pengurusan Aduan Tatatertib/SalahLaku Pegawai.

Sistem Aduan Integriti (eINTEGRITI) merupakan satu saluran aduan yang terbuka kepada kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang serta orang awam untuk menyalurkan sebarang maklumat / aduan berkaitan isu-isu integriti termasuklah perlakuan jenayah rasuah atau pelanggaran tatakelakuan.
Laporan salah laku adalah tidak terhad kepada :-

i. Mengambil atau memberi rasuah
ii. Penyalahgunaan kuasa
iii. Penipuan sebenar atau yang disyaki
iv. Perlakuan pelanggaran undang-undang dan peraturan
v. Sebarang tindakan yang melibatkan percanggahan kepentingan.
vi. Pencurian, penyelewengan dan penyalahgunaan inventori atau asset.
vii. Kesalahan jenayah, memeras ugut
viii. Tingkah laku tidak beretika
ix. Pemalsuan dokumen
Pemberi maklumat akan diberikan perlindungan sebagaimana konsep dijelaskan di dalam Akta Perlindungan Maklumat 2010 (Akta 711) iaitu :-

i. Melindungi maklumat sulit;
ii. Imuniti daripada tindakan sivil dan jenayah; dan
iii. Perlindungan terhadap tindakan yang memudaratkan.
Maklumat / Aduan juga boleh disalurkan ke Unit Integriti, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui saluran berikut:-

i. HADIR SENDIRI
Berjumpa dengan Pegawai Aduan di Unit Integriti

ii. EMEL
integriti@penang.gov.my

iii. SURAT ADUAN
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang,
Unit Integriti, Paras 30,
10503 KOMTAR, Pulau Pinang

iv. LAMAN SESAWANG
https://eintegriti.penang.gov.my

iv. TELEFON
04–650 5741 / 5742 / 5749